PENGALAMAN BERSALIN SECARA NORMAL
Alhamdulillah.. Allah menguji saya dengan seringan-ringan ujian ketika mengandung dan juga sewaktu melahirkan. Apa yang saya alami bersalin anak kedua sangat berbeza dengan anak pertama. Tetapi hanya ada 1 je persamaan... AMALAN MINUM AIR ZAM ZAM.
Anak pertama : Air zam zam minum masa mengadung. Tak muntah2 @ mabuk teruk. Perut pon kenyang.. walaupon selera makan terganggu. Ketika bersalin, saya terlupa nak bawa air zam zam masuk labour room. Hampir 5 jam menunggu, menahan kesakitan. And baby nak keluar kena forsep sikit baru ok. Jahitnya jangan ckp la... rabak oi... masa pantang saya makan supplement 4life, alhamdulillah luka jahit cepat baik ( walaupun jahit besar) and badan segar bugar.. tak letih rasa ringan melayang.. thanks hubby belikan mama.
Pastu anak pulak selalu sembelit, susah nak buang air. Saya rendam kurma dengan air zam-zam bagi baby.. lepas 1 jam.. settle baby terus buang air ( berak).
Pastu pulak lagi, kahak baby banyak. Hidung sumbat. Tidor mcm nafas tersekat-sekat. Panic la jugak mula-mula tuh.. orang tua suh bawak gie klinik sedut lendir keluar... tak sampai hati pulak. Saya ambik air zam-zam dan campurkan madu. Alhamdulillah.. baby muntahkan lendir keluar.... sekali dengan susu.. jangan takut pulak. sebab bila muntah tekak baby akan jadik agak kering dan terbatuk-batuk. Bagi madu. Letak kat jari madu tuh bagi dia hisap. so lendir kahak hilang dengan sendiri.
Anak Kedua : amalam masih sama. Minum air zam zam jugak. Kali ni standby 2 botol air zam-zam dengan 7 biji kurma untuk bawak masuk labour room. Saat melahirkan, segalanya kuasa ALLAH. Jalan dah bukak 8 bila air ketuban nurse tolong pecahkan. Waktu tu 8.30 mlm. saya pon terus minum air zam 2 botol and makan kurma pelan-pelan. tepat 9.25mlm dah rasa baby kebawah. 3 kali teran settle! THANK YOU ALLAH!!
Baby keluar selamat dan jahitan pon alahai.. sikit je.. saya bubuh ubat luka pon 5 hari je.. :)
P/S : TIPS NAK CARIK MADU ASLI. BELI YANG PACKINGNYA DIDALAM BOTOL. MADU TUALANG TERBAIK BERBANDING MADU KELULUT (madu kelulut panas, tekak cepat kering). Nak bagi Baby minum 4oz tu 2 @ 3 kali minum sehari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



Titanium Hair Clipper - A T-Shirt
ReplyDeleteT-Shirts - T-Shirt designed by T-Shirts are designed to titanium key ring be as stylish as where is titanium found possible, titanium hair clipper they are perfect for all types of faces. T-Shirts are titanium chords designed to be titanium flash mica